January 15, 2016

The 5th Wave,Tak rugi tengok !!

Tiada yang pelik,cukup sifat ootd hari ni.ngee~~

Assalamualaikum..Bermula cuti sem,dah 5 ari bertapa dekat rumah,baru ada masa untuk update blog. Today, disebabkan satu-satunya adik perempuan balik rumah, so ada juga geng perempuan,klw x bergeng ngan 3 org adik laki la jawabnya.Menuju ke palm mall,seremban untuk aktiviti berjimba.Why Palm Mall?apa yang best palm mall seremban ni, compare dengan mall2 yang lain dekat seremban ni? Aku suka palm mall,sebab suasana dia,tempat shopping dia yang best sebab ada brand outlet *Fevret perabih duit, padini, then tempat makan yang pelbagai kfc, jco, fish manhattan, sushi king .. Mall ni pun baru and cinema sini GSC..aku prefer cinema GSC and MBO dr TGV or LFS.

payung sikit, gambaran filem The 5th Wave

Movie yang dipilih untuk tonton, The 5th Wave. Apa yang boleh aku katakan, memang terbaik..Jalan cerita dia laju, tak de mengarut-mengarut and straight forward. Boleh dikatakan macam cerita ala-ala 2012, or The Impossible. Filem The 5th Wave ini mengisahkan serangan yang terjadi dalam 5 cara.4 cara telah terjadi dibumi dan gelombang ke5 yang menentukan segala kehidupan, manusia dibumi. Dan untuk makluman juga,Film ini diadaptasi dari Novel karya Rick Yancey pada tahun 2013. So untuk korang keluarkan duit tonton cerita ini, sangatlah digalakkan, dan aku bagi 4.5/5 bintang.

Geng berjimba pada hari ini

Lepas habis lepak wayang, soalan maut yang ditanya "Nak makan mana?", bab ni aku lemah sikit, aku ngidam kfc si adik aku ni jemu kfc, so sbb aku kakak,aku decide kfc gak..Bukan selalu guna kuasa veto.Dah keluar pun dengan ladies,kalau tak bergambar,selfie tu bukan cara kita la kan, So hakak payung la satu gambar yer..Paling tua dalam gambar tu,sorang tu adik,lagi sorang tu kawan adik.. Lagi suka lepak dengan mereka ni,dari kaum adam. *Upssss hahaha

Hidup tak lama,hargai sisa-sisa baki yang tertinggal untuk kau penuhi dengan segala kenangan indah untuk perjalanan hidup sendiri - syachot-



 

Copyright by Syaqira Ahmad © 2012 |Best View: Google Chrome