October 11, 2016

Selamanya Doa IbuBapa hadiah paling bernilai


Melangkah dengan gagah, Selagi doa ibubapa bersama kau

Motivasi diri sendiri..Memandangkan blog ni dah jadi macam diary online, so why not kekadang update perkara yang boleh memotivasikan diri yang penuh ego dalam hati ni:) *See sedar diri lagi ni..Hee

Teringat kembali,bila disapa oleh makcik cleaner tempat praktikal (Pejabat Tanah & Daerah Seremban). Ceritanya bermula bila makcik ni mengajukan soalan pasal kos "braces" yang ada pada gigi sya ni,sampaikanla topik pasal pelajaran dan kehidupan dibuka.Bila dia tanya, now sambung belajar apa? and sya kata Degree Science Comp dan bila topik dipanjangkan sampai latar belakang family sya,sya balas segala soalannya,and she said "Bagus family mak ayah awak yer" and soalan yang buat sya bercerita and share pengalaman hidup sya bila dia kata "Macam mana boleh "Pandai" belajar dan minat belajar.anak2 makcik semua malas belajar" dan ini jawapan sya


Honestly,sya bukan seorang pelajar yang "Pandai", tapi sya percaya yang membezakan kau dan aku USAHA.sebab sya pernah rasa jadi student tercorot, student yang kurang kawan bila kau strungle gila subjek, tapi ramai gila yang jadi best student dalam kelas sendiri.Jadi saat kau bangkit tunjuk kekuatan diri, masa ni kau sedar "Kau lebih hebat dari orang sekeliling,yang penting USAHA". bila berkata pasal "Minat", minat belajar datang bila aku punya ramai kawan since Form 4 n Form 5, bila rakan kelas sya suka bertanya subjek kegemaran sya "Ekonomi Asas",and minta tolong dalam pelajaran,saat ni "Usaha" lebih tu datang, sebab nak bantu kawan2 yang lain..Minat belajar ni lagi membuak bila jejakkan kaki ke menara gading a.k.a IPTA..


bila makcik tu kata "Anak2 makcik malas belajar" ingat lagi jawapan yang aku berikan.."Makcik,doa ibu ini makbul..Saya percaya sangat,doa ibu ni makbul dan mustajab. Sebab usatazah saya pernah kata "Redha Allah terletak pada redha kedua ibubapanya" , jadi makcik,lepas makcik solat,makcik kena selalu doakan kejayaan anak2 makcik.Saya ni lemah dalam bab pengiraan, setiap kali saya duduki exam pengiraan,masa tu saya akan telefon makayah saya. saya wajib menagis risau kalau tak boleh jawab exam tu dan kecewakan parent saya..TAPI bila saat saya berdepan dengan paper2 pengiraan saya tawakal setawakalnya, saya kata Doa ibu ayah saya berteman disini, jadi saya redha..Syukur,even saya rasa tak boleh jawab dengan baik exam tu, Allah bantu saya dengan bagi apa yang semampunya.Makcik kena doa selalu taw".. 


Aku sendiri tak tahu,bila datangnya saat matang plus kata2 cantik begini aku susun pada makcik tu.MUNGKIN Allah nak aku jadi perantara yang menyampaikan nasihat dan semangat pada makcik yang hampir putus asa dalam mendidik anak2nya meminati pelajaran.:) Syukur sebenarnya, sedikit sebanyak,life aku dapat dijadikan pengajaran buat orang lain..


Your parent may not be perfect but they are the most precious gift god has ever given you


June 24, 2016

Now You See Me 2 ..Thoorrbaiikk

 Kenang-Kenangan bersama Dave Franco.HaHa

Assalamualaikum.. Movie yang akan di review kali ni pula Now You See Me 2.. Sebab dari Now You See Me 1, sya tengok and dah falling love, rugi rasanya kalau tak sambung ke NYSM2 kan?.. Apa yang yang boleh sya katakan cerita ni, duit yang korang tabur untuk tengok cerita ni, SANGAT BERBALOI-BALOI.

Antara pelakon Now You See Me 2

Okay, rate yang boleh sya bagi untuk NYSM2 ni 9.5/10..Pada sya, jalan cerita yang perfect sebab ada suspen, aksi, funny, sweet memang perfect la senang cerita..Kalau NYSM sebelum ni pun, dah penuh dengan adegan magik yang awesome, yang NYSM2 ni sumpah lagi awesome.
Lelaki yang buat sya tak pejam mata tengok..Handsome..HuHu

Antara adegan yang buat sya falling love, MasA pass pass card time kena check badan dalam cerita ni..Part ni tak senang duduk sya dibuatnya dalam cinema, suspend ! takut kantoi .. Hebat cara diaorg pass2 card dari 1 kawan ke 1 kawan yang lain,dekat sini apa yang penting "Kerjasama" antara satu sama lain..HaHa Part lain plak, adegan dalam kapal terbang, time kena buang keluar dari kapal terbang..Part ni tersangat-sangat awesome..Apa yang jadi? Pada yang tak tengok lagi tu,Korang kena tengok !! serius seronok habis !

Ada sesiapa yang nak ajak untuk tengok kali ke2 pun, sya akan on..Sebab tak puas, tengok sekali jer..HeHe

June 23, 2016

Teenage Mutant Ninja Turtle,Okaylaa~~


Perfect, Cukup 4 kouta..HaHa

Okay,kali ni tergerak hati untuk berkongsi pengalaman sendiri menontoN cerita Teenage Mutant Ninja Turtles: Out Of The Shadow.Apa yang boleh aku kata dalam ayat pendek "Awesome" ...Dari TMNT aku follow, dan komik dia pun aku ada baca,jadi tak terkejut bila TMNT2 ni muncul watak2 baru..Macam pemain hoki ais dalam cerita ni..Phewitt

TMNT2 ni jenis ringan dan tak perlu serabut kepala, just Go to the cinema, sit properly, eat popcorn and enjoy! .Macam biasa, dah nama pun "Ninja" aksi lawan memang perlu ada, cuma tak sebanyak macam TMNT.. Compare to TMNT, TMNT2 pada aku lebih serius berbanding TMNT yang ada unsur2 funny and comel..TMNT2 ni boleh aku rumuskan sebagai hiburan lexlex yang straight forward and daebak.Overall yang boleh aku bagi untuk cerita ni 7.5/10..


Adik lelaki sebagai partner

Kalau balik seremban..port wajib tengok movie,of course Palm Mall. Ni je tempat.yang aku rasa,boleh terima and best,lagi satu MBO Terminal 2.. Kalau terminal 1,memang reject awal2,xminat..Jusco semban2 jauh sikit and selalu jem jadi malas nak ke sana.Kali ni, sebab tak de geng, bawak pakwe a.k.a hero keluarga adik sendiri,teman.Tengok TMNT2 ni dah lama, so kasi throwback sikit pandangan sendiri cerita ini.Jumpa lagi..

Another day,Another blessing..Bubye

May 18, 2016

Dinner Course UTeM

Hitam merah tema dinner kita kali ni


Assalamualaikum..Rindu zaman selalu "Free Time" untuk jenguh blog sendiri.. lepas ni banyakla entry yang akan di throwback balik dalam blog ni.. Salah satunya entry ni.. Syukur Alhamdulillah, 3 tahun berjuang menghabiskan degree ni, xlama lagi akan masuk ke alam internship..Moga Allah permudahkan segalanya..Okay cukup muqadimah entry..


Jumpa lagi dimasa hadapan yang cerah

Bukan senang nak berkumpul 2 kelas,lebih-lebih lagi untuk anjurkan dinner course ni, DAN bukan senang nak handle kepala sorang-sorang yang banyak idea, cadangan plus songeh yang gunung ganang.. Dari krisis 1 kelas semua tarik diri,berbaik semula sampaila join 2 kelas sekali..*Kenangan woi gaduh2 g ni.. HaHaHa as a "Sister" dalam kelas tu, hakak usha je sorang-sorang..



Girlfriend yang always awesome


Susah senang, tawa sedih, gaduh baik, semua ni kenangan selama 3 tahun.. Macam-macam jadi zaman degree ni..Sampai kadang tak sangka kos yang aku mati2 xnak sambung dari diploma IT (Programming) dulu n nekad xnak kos IT/S.Comp bila smbung degree jumpa balik dalam Degree science comp (Software Development).. Course yang aku rasa mati2 tak boleh buat, Course yang aku rasa azab nak mengadap and setelkan coding, akhirnya smpai ke penghujungnya juga..Perancangan Allah tu indah sebenarnya, dan DIA dah susun cantik-cantik jalan cerita kita..Syukur, Segala perjalanan pembelajaran menamatkan ijazah di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) ni berjalan dengan lancar dan sempurna.. Will miss this moment..


Sweet life, When your title is "Student"...Trust me, all about study and fun. Pray for my offer master after this..Weehuu~~


May 16, 2016

It's Okay, Saya Okay =)

New me :)

Lama rasanya,tak jenguk dalam blog sendiri..tak tahu kenapa,tergerak hati untuk buka blog sendiri hari ini..Mungkin rasa sakit hati, sesak ataupun sedikit marah.. Terluka sebenarnya,dengan sikap seseorang..

Sahabat, andai aku salah,katakan..bukan diam membisu tanpa sebarang bicara, umpama aku melakukan dosa sebesar neraka jahanam. Aku tak rasa aku salah, tapi sebaliknya kau yang bermasalah.. 

kadang, diri sendiri tak tahu, cuba beri yang terbaik untuk insan bergelar sahabat, tetapi selalu dibalas sebegini.. Cuba untuk act like "Tak ada apa", "It's okay"..Kenapa begini? Aku harap ini yang terakhir kali..tiada hutang antara kita, tiada salah antara kita, ini jalan kau,ini yang kau pilih.. terima kasih.. 

January 16, 2016

Bowling Di Ole Ole Super Bowling Mydin Mall Seremban 2

Simple untuk hari ini,sebab aim main bowling jer.

Assalamualaikum..Rasa nak mengarang dalam blog sendiri..Dah nama pun diari online personal,rasa rugi lepaskan moment-moment indah kalau tak catat dalam blog ni. cuti sem kali ni aktiviti sangat-sangatla pack, sampai sendiri tak tahu mana yang nak diutamakan, dari semua benda aku nak buat.travel la, cuba makanan baru la, buat hobi sendirila..Banyak sangat,sampai rasa,masa tu selalu mencemburui.
Adik laki,yang paling obses dengan bowling

Sebab banyak benda nak buat, jadi aku pilih untuk buat second hobi yang aku suka..Bowling.. 4 hari turut2 tak lepas jejak tempat bowling ni..Sampai orang kaunter dah cam muka,hari-hari duk membaling bola bowling.. Sebab member ramai dah keje,dan aku sorang masih lagi menuntut as a student, so masa yang terbaik lepak dengan adik beradik sendiri la kan? 
Satu2nya adk perempuan yang best ajak lepak

Aku selalu main bowling dekat Ole Ole Super Bowling Mydin Mall Seremban 2.Why sini? sebab aku suka lane bowling dia,suasana dia and paling penting murah..Slalunya aku main before pukul 3ptg dan 3 game RM 12.00 xsalah aku..Kalau cuti umum 2 game RM15 include kasut. Aku jenis sekali main 3 game terus,sampai tangan jadi macm sotong,baru rasa kepuasan. Parking kete dekat sini mudah, tak sesak and after penat men bowling boleh menyinggah beli brang di mydin ataupun makan dalam ni,ada marrybrown,A&W, and macam2 lagi..Sebab tu aku suka main bowling dekat sini. Okay cukup disini review aku..Honestly, Seremban ni,xde la bosan sangat,kalau kau pandai bahagiakan diri sendiri and buat hobi yang kau gemari..:)

hakak payung video hakak men bowling yer :)



January 15, 2016

The 5th Wave,Tak rugi tengok !!

Tiada yang pelik,cukup sifat ootd hari ni.ngee~~

Assalamualaikum..Bermula cuti sem,dah 5 ari bertapa dekat rumah,baru ada masa untuk update blog. Today, disebabkan satu-satunya adik perempuan balik rumah, so ada juga geng perempuan,klw x bergeng ngan 3 org adik laki la jawabnya.Menuju ke palm mall,seremban untuk aktiviti berjimba.Why Palm Mall?apa yang best palm mall seremban ni, compare dengan mall2 yang lain dekat seremban ni? Aku suka palm mall,sebab suasana dia,tempat shopping dia yang best sebab ada brand outlet *Fevret perabih duit, padini, then tempat makan yang pelbagai kfc, jco, fish manhattan, sushi king .. Mall ni pun baru and cinema sini GSC..aku prefer cinema GSC and MBO dr TGV or LFS.

payung sikit, gambaran filem The 5th Wave

Movie yang dipilih untuk tonton, The 5th Wave. Apa yang boleh aku katakan, memang terbaik..Jalan cerita dia laju, tak de mengarut-mengarut and straight forward. Boleh dikatakan macam cerita ala-ala 2012, or The Impossible. Filem The 5th Wave ini mengisahkan serangan yang terjadi dalam 5 cara.4 cara telah terjadi dibumi dan gelombang ke5 yang menentukan segala kehidupan, manusia dibumi. Dan untuk makluman juga,Film ini diadaptasi dari Novel karya Rick Yancey pada tahun 2013. So untuk korang keluarkan duit tonton cerita ini, sangatlah digalakkan, dan aku bagi 4.5/5 bintang.

Geng berjimba pada hari ini

Lepas habis lepak wayang, soalan maut yang ditanya "Nak makan mana?", bab ni aku lemah sikit, aku ngidam kfc si adik aku ni jemu kfc, so sbb aku kakak,aku decide kfc gak..Bukan selalu guna kuasa veto.Dah keluar pun dengan ladies,kalau tak bergambar,selfie tu bukan cara kita la kan, So hakak payung la satu gambar yer..Paling tua dalam gambar tu,sorang tu adik,lagi sorang tu kawan adik.. Lagi suka lepak dengan mereka ni,dari kaum adam. *Upssss hahaha

Hidup tak lama,hargai sisa-sisa baki yang tertinggal untuk kau penuhi dengan segala kenangan indah untuk perjalanan hidup sendiri - syachot-

January 8, 2016

Skandal VS boyfriend

Skandal VS boyfriend


Assalamualaikum..Rindu nak menulis pada blog sendiri,tetiba dapat idea macam ni.Scandal VS Boyfriend. Fact aku tak tahu skandal ni apa,yang aku tahu teman tapi mesra tak pun sahabat.Dalam hidup aku,tak pernah aku merasa nak berskandal,curang,or what ever yang sekutu dengannya

Adakalanya betul apa yang petikan dalam gambar tu tulis,tapi xdela 100% sama..sebab pasangan sendiri pun,kadang sweet and caring gak,dalam diam and doa dia..Sebenarnya kau tak perlu nak berskandal bagai,cukup kau ada sahabat susah senang dunia akhiratla senang cerita..

Aku punya sorang sahabat,busy macam mana,kadang duk ws n tanya khabar.Ada juga yang pantang aku balik seremban,sibuk nak belanja minum makan bowling apa bagai.*xke indah bila kau ada kawan mcm ni.untung kawan-kawan ramai dah keje..

Bercakap pula,bila aku ada masalah, aku ada kawan yang punya 6sense terlebih hebat.kadang aku xcakap,tetibe tanya "Sya ok x?", jns aku plak,pantang dengar soalan tu,deras air mata ni keluar.yang terbaru ni, bila aku ada masalah,kawan ni tanya "Nape x cakap ngn sy,kalau tak org boleh bawak g pantai,cerita dengan orang"..Lepas tu,sebab stress sgt,p la tepi tasik air keroh.Mekasih sahabat a.k.a Roomate.

Dalam hidup ni kau perlu teman sejati, pasangan dunia akhirat dan sahabat dunia akhirat..Aku dah jumpa,punya pasangan yang ada susah senang,walaupun bukan 24jam, tapi tetap aku hargai..*xkan memanjang nk berkepit,mmg dia xde keje,aku xblaja plak.And syukur punya sahabat-sahabat masih kekal dari sekolah menengah sampailah dah degree ni..Much love

Aku harap,macam mana selekehnya aku waktu sekolah dulu, teruknya perangai aku,kau akan terus disisi aku,susah senang bersama.sebab aku tak pernah buang orang yang tahu hargai and ada tiap masa susah senang dengan aku.Mekasih teman

January 1, 2016

Selamat Datang 2016

Nak Test Copyright dalam gambar je sebenarnya.Haha

Good Bye 2015,Welcome 2016,Assalamualaikum..1st entry untuk tahun 2016.Rasa kekok mula menulis lepas setahun lebih close blog ni..satu dari azam 2016,start menulis semula dalam blog sedia ada..Banyak sebenarnya nak diubah dalam blog ni,dari header sampailah ke tempalate yang sedia ada..Tapi disebabkan masa yang tak sesuai,masih dalam peperangan final exam,tahan hati untuk godek lelebih blog sendiri

banyak gak yang jadi tahun 2015,dari semanis-manis gula sampailah sebusuk-busuk taik.upss dan jika berkelangan,akan di "throwback" semula apa yang jadi tahun 2015 ni dalam tahun 2016 ni..Tahun baru,azam baru kata orang..Apa azam korang? Azam aku?Hah ni dia : 


Jaga solat,tak de kosong-kosong,Full 100% 
Nak Tinggi and Jaga Badan a.k.a Kurus *As always girl la kan
Jaga pemakanan,Banykkan exercise and JAGA KULIT *Wajib
Nak hias Myvi sendiri,jadi gorgeus and ladies lebih sikit
Nak belajar drive "Manual" balik,Biasa ngan auto jer
Nak pasang pagar pada gigi a.k.a braces,walaupun nenek marah
Celebarate birthday & relationship dengan Mr.Love
Start Cycling balik,Peha besar sebab stop cycling.Sadisss
Grad Degree tahun ni dengan cemerlang..Good Bye UTeM.Uhuk
Round Asian,InsyaAllah KOREA maybe,tahun lepas Thailand
Makan masakan dari Mr.Love,even Telur goreng nasi putih dah bersyukur dah *bertuahnya pasangan sya,mkn x demand :P
Berkelah tepi pantai kalau boleh PD,makan Ice Cream,fefeling korea, and snap pic bebanyak sampai pengsan dengan pasangan sendiri..
Tunang? Kahwin ? Biar masa,ketentuan dan kejutan yang datang..Tak berani nak rancang masa terdekat ni.Banyak urusan tak selesai lagi,lebih2 lagi Degree Ni,Satu2 dulu :)

p/s : Bye-bye nama blog lama chot91.blogspot.com, and hellow syaqiraahmad.blogspot.my .. Nampak lebih matured sikit bukan? hee bubye





 

Copyright by Syaqira Ahmad © 2012 |Best View: Google Chrome