May 15, 2014

Kejayaan Mereka,Pembakar semangatku..

 Rindu zaman diploma..Sangat rindu..

kenapa tetiba sya post gambar konvo??sebab terasa rindu zaman kegemilangan di poli dlu *hahaha, sebanarnya ni bukan point utama,point utama buah hati sendiri berkonvo pada 15/4/2014 semalam..

Bila tengok gambar sendiri,rasa nak cepat2 tamat degree ni plak,buah hati sendiri dah konvo degree,umur dh la sebaya,sya ni merangkak ada lagi 2 year nak habiskan..lamanya.Orang pelik,bila tengok gambar,custom album sya,xde pegang bunga time konvo,sebenarnya sya perempuan yang kurang sikit denga bunga,sebab tu time konvo,bila emak tanya,nak bunga tak?sya jawab "umi belnja domino je la + custom album" xmain r bunga2,nanti layu,custom album,dah tua nanti pun, blh belek2 n perasan remaja g.hahahah click - Entry lama,custom album , kawan2 yang lain pun tahu,so ada yang bagi coklat+bear+glob utk hadiah hari konvo sya.Sweetnya mereka2 ni..

ok stop ! back to d story,TAHNIAH !! to my beloved partner Muhammad Fikri Bin Jamri,official graduate, product from UiTM Shah Alam,Bach Building Surveyor (hons) ..Bravoo,Bravoo..*Clap2 Dia peminat tegar bunga :P tu yang berjambak2 bunga,mengalahkan perempuan *Ngusik manja..Tunjuk gambar sikit...

 Dia pembakar semangat saya juga,untuk meraihkan kejayaan 

And TAHNIAH to my beloved little sister Anis Zulaikha Binti Ahmad Ghazali yang menamatkan SPM dengan jayanya *Proud of u dear..Syukur dia plak dapat tawaran UiTM Kampus Segamat Diploma Pengurusan Maklumat.. *Clap2..ganti tempat abg ipar dia plak la kot :p 

Kejayaanmu,Kejayaan kami sekerluarga adikku :) 

Kejayaan mereka ber2 ni,berita gembira buat hidup sya..So lepas ni,jika diizinkan Allah,umur panjang,rezeki panjang,sya plak tamatkan degree sya..Nk juga dapat gelaran Official Graduate from UTeM Bach S.comp (Software Development)..hahaha *Blaja dr mamat bunga tu :P Jumpa lagi di next entry..Bye


Benar kata umi(Emak) "Cari pasangan yang boleh membakar semangat kejayaan,yang sama2 membawa kearah kejayaan,bukan bercinta tetapi kosong,hanyut dibawa kegelapan,kegagalan :) Tq utk 5 tahun berpasangan dengannya,moga kekal keakhirat kelak.


April 5, 2014

Wedding Friend,Housemate,Classmate

Otw,back to Negeri sembilan,just for wedding friend..

Alhamdulillah telah berada pada semester baru di UTeM ni..Dah mid term,baru ada masa buka blog kembali.. Patutlah lec ada kata,duk UTeM ni tugasan memang azab..So redha jer la..Jihad menuntut ilmu.Xbaik mengeluh,ini aturan yang Allah dah tetapkan..

Najwa dan Zulhafiz @ WawaAngah

30/3 tamatlah zaman bujang merangkap Ex-Housemate,Ex-Classmate sya...Alhamdulillah,sempat juga sya kejar masa dari melaka-seremban.Balik hari je..Just for you my friend.. Nak rasa nasi minyak kawan sendiri la katakan,even tugasan berlambak kat melaka tu,Kawan kawen,kena g,kalau xde aral..Alhamdullilah,doakan korang moga kekal ke akhirat kelak, n dapat anak comel2..:)

Manalah tahu,ambil berkat rumate sendiri,lepas ni jatuh pada sya plak makan nasi minyak,TERawal kawen..HAHAH En.buah hati pun dah habis degree, rezeki dia,2 bulan lepas habis tu,terus dapat tawaran keje site engineer..:) Alhamdulillah..Moga jodoh sya,urusan sya semuanya berjalan dengan lancar.Amin

p/s : Bila tengok kawan,rumate,org sebaya kita yang dah kawen ni,rasa macam dah tua jer umur 23 ni tak kawen lagi..Hahaha

January 17, 2014

Jalan-Jalan Kota Melaka

   Tasek Ayer Keroh,Melaka

Terus pada cerita yg nk dicretakan.Maaf andai entry ini terlalu panjang dan penuh gambar,Entry ini utk bacaan saya kelak. :) seperti mnusia lain juga, suka berjalan,sama seperti sya.Jadi duit lebih ada sikit,sya akan spend utk berjalan.Kali ni entry jalan2 di kota melaka.

Apa yang menarik di kota melaka? Ok, 1st tasik ayer keroh dia.1st lepak dekat sini,hmpir2 nyaris kena saman kete myvi merah kami.Nasib ada pakcik pemurah ni,bagi kami kupon gores2 tu..*ni 1 sbb,ak xbpe nk mnt mlka,parkng problem.Ok,kt tasik ni,sape yg mnt aktiviti lsak sume ada such as kayak,memanah,berbasikal,flying fox, n mcm2 g.So next time,ada rezeki sya g sni lg,sya akan try game dia.Insya Allah


 With my bestie, At Planetarium Melaka

2nd Planetarium Melaka..Apa yang best kat sini? Erm utk pelajar Degree Science Computer mcm kami,bukan menarik perhatian kami la utk dtg ke sini lagi.All about astronomi,bumi,angkasawan.Masuk sini RM 8.00 untuk dewasa..So utk tambah pengetahuan tu,boleh la masuk sini..Untuk yang sukakan tempat cuci-cuci mata dan rehatkan minda,kita teruskan bacaan di bawah ini yer..*Hahah



 Mini Malaysian & ASEAN Cultural Park

3rd Mini Malaysian & ASEAN Cultural Park, disini ada macam2 rumah yang dipamerkan,alaa macam dekat Langkawi,Makam Mahsuri tu,macam tu la,tempat ni tutup pukul 6pm, so better korang g awal la,sebab bayaran masuk sini RM10 untuk dewasa.Kalau datang awal,boleh lepak lama n puas berjalan dalam ni.*Peace.. Sempat juga,membeli buah tangan sebagai kenang-kenangan dan rantai friendship sya dan kawan sya.. Harga yang ditawarkan murah dan berpatutan. *Rambang mata serius cakap


 Taman Botanikal, Melaka

4rd Taman Botanikal,Melaka, Ok sebenarnya niat hati sya nak pergi bukit cerakah,Shah Alam, Kaki ni belum g sempat sampai disana utk cycling,jadi Taman Botanikal jajahan sya..So far best juga dekat Taman Botanikal ni.Ramai yang Joging,cycling n naik buggy car.Masuk Taman Botanikal ni free TAPI untuk basikal,kena sewa.Bayaran untuk sewaan basikal ni RM 6, untuk 1 jam..Memandangkan sya pakai skirt,sya kaw team ngan abg sewa basikal tu,kata nak sewa 30minit sahaja dengan kadar bayaran RM 3 sahaja..*Kenyit mata sikit ,cair r..hahaha


Bandar Hilir, Melaka

5rd Bandar Hilir.Apa yang best kt sini,mcm korang tahu la,famos ngan A'FAMOSA,Bangunan merah,Dataran Quayside,Kincir Air , River Cruise, beca berwarna warni,menara taming sari n tempat2 bersejarah lain.Jangan lepaskan peluang,bajet korang ni,dari Oversea yg jakun tengok semua ni,dan keluarkan camera utk posing sana sini.*Class kau.. Untuk bayaran beca, RM20,utk 1 beca.. River cruise RM 10 seorang, 45minit perjalanan dalam cruise tu,seriusly berbaloi..:) 


Having fun with ur life..Enjoy sana sini,tolak masalah ketepi..Aku gemarkan pengalaman, sukakan penjelahan dan dahagakan pengetahuan..:)

January 7, 2014

Hari-hari indah seorang pelajar

Seperti sya dah lupakan blog sya ni, sampaikan sya dah tukar tempat study dari UUM ke UTeM pun masih tak de stroy pasal life sya di UTeM..Syukur Alhamdulillah,sya lebih seronok dengan life di campus UTeM,walaupun hakikatnya Science Computer (Software) ni belajar,macam nak pecah kepala..*Nawaitu tu sya..he

  
  Indahnya sebuah persahabatan :)

Seperti student lain juga,bila tiba Hari jadi member,berkobar2 nak sambut,nak prank.waktu rasai pengalaman ini,perasaan persahabatan,persaudaraan wujud antara kami.even ada yang berbeza umur,latar belakang,seronok bila meraikan bersama..Apa adahal dengan sedikit wang yg dihulurkan untuk meraikan majlis yang merapatkan ukhuwah ini bukan?

Enjoy with them...

Ini pula saat lepaking with friend yang sekepala dan sempoi..After habis paper final exam,lepas zohor terus gerak pergi Mahkota Parade,Melaka..Shopping,makan-makan,jalan-jalan,cuci mata,main bowling,main game token,karaoke habis semua benda nak lakukan..Memang lepas habis la,rasa beban dalam kepala,selepas menelaah untuk paper2 final.

Sya tak nafikan,even penat jadi seorang pelajar,lihat assigment yang menimbun, koding yang serabut, tapi bila kita take rest and lepak with friend walaupun sekejab, kita boleh kmbali fresh.. Moga perjalanan sya mendaptkan segulung ijazah yg cemerlang berjalan dengan lancar..


Hidup ini terlalu indah untuk kita rasai,Setiap detik yang hadir,jangan biarkan ia berlalu pergi,cipta seberapa banyak kenangan,untuk cerita akhir hidup kita :)



 

Copyright by Syaqira Ahmad © 2012 |Best View: Google Chrome