December 11, 2013

11.12.13

.
 Aku yang terlalu bahagia,disamping kau..Terima Kasih untuk segalanya...

Lama xjumpa,Akhirnya ketemu juga,TANPA planning,dan fact tak tahu pun tarikh yang nak jumpa ni jatuh pada 11.12.13..Nice date..Alhamdulillah,semuanya dipermudahkan jalan ke sana..walaupun xlama,tapi puas sebab dapat juga lihat sidia didepan mata.

 Macam mana sweetnya isi dalam ni,macam tu juga sweetnya "awak" ni..:)

Saya tak minta awak beri apa2 pada saya,tapi gift ni terlalu bermakna pada saya..Saya suka,sweet.."Kadang,aku mahu org fikir hubungan kita sudah berakhir,tetapi hakikatnya,dibelakang mereka,kita sibuk menyulam bahagia".. Aku xperlu org ramai tahu,kau dgn aku bersama,fact ramai pendengki yang inginkan kita berakhir :)

Cuzzy yang gila-gila and banyak cakap

Setiap orang punya jalan cerita mereka sendiri,tak perlu cemburu pada orang lain,kita juga ada jalan cerita,percayalah pada diri anda sendiri.Lepas lepak kat setia city mall jumpa plak kazen sya yang sorang ni..Hari yang terlalu indah buat sya pada tarikh cantik 11.12.13 ni..:)

Aku mungkin punya kekurangan,dan kekurangan ini lah yang membuatkan aku kuat,berusaha memperbaiki dan cipta jalan hidup indah aku sendiri :)

December 7, 2013

Bahagiakanlah IbuBapamu

kita hanya hebat kerana berkat doa dari kedua ibubapa kita.Tanpa mereka,kita bukan sape-sape.

Ibubapa bergolok gadai nyawa,
membiayai pengajianmu,
kamu menangis bermati-matian,
kerana kehilangan kekasih,

Ibubapa mengeluarkan simpananannya,
belikan kamu laptop,
bagi memudahkan urusan pembelajaranmu,
namun lain pula yang kamu dipelajari..

Ibubapa menghantar pergi dan balik ke kampus,
demi menjaga keselamatan dirimu,
namun lain pula perangaimu,
keluar larut malam mencari keseronokkan yang tak kekal lama,

Ibubapa belikan kenderaan bagi memudahkan pergerakkanmu,
namu kamu salah guna kemudahan yang diberikan,
sibuk mengunjungi ke tempat maksiat,
membuang masa tak tentu hala,

Ibubapa bimbang kamu bosan,
mereka bawa kamu melancong,
namun kamu lebih memilih,
mengutamakan kawan dari bersama keluargaMU,

apa lagi yang tidak mereka lakukan untuk membahagiakan dirimu,
wahai rakan sekalian,palinglah raut wajah mereka,
Penat lelah mereka,segala pengorbanan mereka,tak terlintaskah dihati kecilmu,untuk membalasnya? Ibubapamu mampu berkorban bermacam-macam untuk anda,tidak mampukah untuk kamu membalas pengorbananya dengan sedikit kejayaan?? Renung-renungkanlah....

Entry ini,untuk muhasabah diri saya,jangan hanya tahu mengeluh,cubalah untuk bangkit dan kejar kejayaan tu.YaAllah,bantulah hambamu ini,berikanlah diri ini kesempatan dalam membalas,jasa kedua ibubapaku dan menjadi contoh terbaik buat adik-adik ku..Aminn..




 

Copyright by Syaqira Ahmad © 2012 |Best View: Google Chrome