April 27, 2013

Ko-K di UUM " Taek Won Do "


 Asal ayu gila jer rasa tumbukan ni?haha *Action lebih,skil sume ke laut.:P

Sya tak pernah sentuh & cerita pun pasal ko-k yang sya ambil di UUM, memandangkan tadi dengan jayanya kami telah pun selesai integrasi bersama pasukan seni mempertahankan diri yang lain,gabungan dari Taek Won Do, Karate Do, Silat Gayung dan Silat Olah Raga.Jadi sedikit sebanyak bergambar dan bersuka ria sesama group merangkap kawan gelak tawa Taek Won Do sya.


 Kami kawan rapat dan geng waktu kelas Taek Won Do

Since sekolah lagi sya main Taek Won Do ni,tpi sya tak serius pun waktu dulu ,selalu sangat ponteng kelas Taek Won Do,last-last sya yg request kat parent nk stop Taek Won Do.lepas dah masuk UUM ni,baru nk aktif balik..dpt plak geng yg gila-gila memang fun la ~~ :)

Hiiyaaakk ambik sedas dari kami.*see,perempuan lbh hbt dr laki kut :P

Sya First Yellow belt now,dan dijangka 11.5 grading naik belt,doakan sya naik belt ok..Sya xmaw naik kuning dua plak,sya nak terus naik hijau.kalau buat cantik grading  nanti,boleh la terus naik belt hijau,xpayah la pakai belt kuning lagi.Insya Allah..Amin

Nampak je skema budk laki ni,belakang tabir,kemain..ish3 *bukan tamak ok

So kalau korang tanya best tak Taek Won Do ni,sya akan jawab depend on ur contructor.Dapat sir yang best n traning lasak,maka best la,kalau traning pun lemah,jadi xbestla .Ilmu kena tuntut,dh la skunk ni,macam2 benda nk jadi kat dunia ni,makanya sedikit sebanyak ilmu mempertahankan diri ni,dapat kita guna untuk protect diri kita kelak..:)

Pray for my grading ok..Taget : Green Belt !! :) Majulah Sukan Untuk Negara..*ehh tiba

April 24, 2013

Peluang & Pengorbanan

 Sya salah satu manusia,yang CUBA untuk terima peluang yang hadir.

Peluang tak selalunya hadir,jadi bila hadir hargai ia sebaiknya #Note untuk diri sendiri juga :)..Tak semua apa yg kita nak tu kita dapat,tapi dalam masa yang sama,tak salah kalau kita usaha sehabis tenaga untuk dapatkan perkara tersebut,cuma ANDAI ditakdirnya perkara tu Allah dah tetapkn bukan milik kita,jadi kita sebagai hambanya kena redhakan.

Bercakap pasal PELUANG,tolongla,pada yang dapat peluang tu,hargailah sebaik mungkin,perkara tu takkan datang berkali-kali."Hanya orang yang berjaya yg tahu menghargai peluang,dan  selalunya peluang tak datang secara berulang".Tak kisah la peluang pekerjaan ker,peluang menyambung belajar ke, peluang ke2 dalam bercinta ke..upsss..:P

 Mereka yang sentiasa jadi tulang belakang sya berjaya hingga ke tahap ini..


Sya pun nk korang tahu dan sedar apa itu pengorbanan seorang ibubapa, tanpa mereka, MUNGKIN tiada satu kejayaan yang sya peroleh pada hari ini,tiada satu kebahagiaan yg sya akan kecapi saat ini,sya tidak punya apa-apa,sya xkan berjaya habiskan segulung diploma sya,sya takkan mampu jejakkan kaki di UUM ni,Insya Allah,kalau ada rezeki Lagi sekali mereka akan lihat sya pakai baju jubah untuk segulung IJAZAH pula..

Peluang tak selalunya hadir,sya lihat air mata parent sya,saat sya di tawarkan Ijazah dari UUM & UPSI..sape sangka,anak dia yg plng nkl,plng dgl,pling mls blja ni dulu,#Fact ok,dh hbskan segulung dip,dh lihat anak dia ni konvo untk segulung dip,dan now telah menyambung pelajaran dlm bidang Ijazah di UUM pula,semua orang boleh berubah,termasukla sya.Hidup ini Adil,Allah akan beri apa yang kita usahakan.Kalau kta berjaya motvate diri sendiri,Insya Allah,sedikit demi sedikit kebahagiaan,kejayaan milik kita..

Umi,Ayah along janji sehabis usaha along akan berusaha untuk bangga kan umi ayah lg,along taknak titiskan air mata kesedihan,tapi titisan air mata bangga,kebahagiaan yg along harapkan dari kalian berdua...Along akan usaha kan..Insya Allah.."Doa umi ayah untuk along jadi seorang Pensyarah,tak pernah henti2,along sedar tu"

selagi ada PELUANG untuk kita balas jasa kedua ibubapa kita,maka laksanakanlah.Jangan mulut hanya sebut "sayang,cinta" ,namun bukti tersebut tak pernah ada.. #Renung-renungkan dan selamat beramal ... 

Mood : Sangat Rindu family,tak sabar pulang ke N.S 28hb ini :)
& Rindu insan tu..Sangat ok..Ice cream~~

April 16, 2013

Entry Penuh Makna Mendalam..


Aku pernah benar-benar cinta,
Aku pernah benar-benar terluka,
sebab itu,
Aku benar-benar takut untuk .........
Memberi dan Menerima apa itu CINTA

Kasihku....tuluskah cintamu?sebuah jawapan ku damba dari bibirmu...
dari bibirmu (Angin syurga - Misha)

Biar penulisan membuktikan perasaan dalam hati..:)


April 13, 2013

Nak balik utara dah?Tak sukanya~~

Syahdu nya la hai hati nak tinggalkan family kat N.9 ni

Inilah hari yang paling sya tak maw tempuh,but fact tetap kena tempuh untuk pulang ke Uni Unggul Malaysia,Opss Uni Utara Malaysia...Ya Allah,tak sukanya..Lemah rasa hati ni,dah menitik air mata,bila fikir ari ni kena balik..Kenapa,Kenapa dan Kenapa sya tak pernah suka duk sana..Tabahkanlah hati sya ni..Jangan biarkan air mata ni menitik,sewaktu kaki berangkat untuk naik bas pulang ke sintok,kedah mlm ni.*Btw 1st sya blik utk sem1 ni ke n.9,so feel sebak tu rasa lain..):

Muka tak suka nak balik utara..Dah habis baik dah muka macam ni.huh

Dah macam2 riak muka dah sya buat untuk membuktikan hasrat hati yang tak maw pulang ke utara tu..Apalah nasib sangkut sana..sebanyak2 uni kat selatan ni,knpe sngkut sna dan fact sya rasa menyesal tolak UPSI dan pilih UUM..iyup,so Sya harap intake bulan9 ni,sya dapat uni lain..Hasrat sya,Impian sya,Doa sya,bulan 9 ni,tukar uni.Yakin dapat,yakin sya..UPSI,UKM,UPM,UTHM..yeahh selatan uni,calonkan sy sbgai student anda,& hope sangkut.Insya Allah...Amin

ps : Doakan PRU13 ni,permohonan student UUM utk cuti 1 week sebab mengundi DILULUSKAN..boleh sya balik lagi..yehaa.. Amin :)

April 8, 2013

Pemilik tulang rusuk,takkan pernah berubah,

Saya harap,Awak sebenar-benar pemilik tulang rusuk saya.

3 Years 6 Months ♥ Bersama.... Mungkin bakal imam,pemilik tulang rusuk kiriku,bakal suami,dan mungkin juga peneman sehidup semati..Insya Allah Amin.Dah terlalu banyak dugaan,halangan tempuh.kadang tenggelam,kadang timbul,lumrah.sampaikan sya nk give up,mengalah sekalah-kalahnya, dia datang dan berkata "Jodoh itu kena usaha,Bukan berdiam sahaja,dan mengalah"..

29 March 2013

Berkali sya berdoa pada yang selayak-Nya,meminta petunjuk,tabahkan hati untuk menyusuri langkah perjalanan ini,serta berikan kekuatan untuk terus tabah tempuhi dugaan yang mencabar.Syukur,masih lagi bersama hingga ke tahap ini :)

Kadang bila hadirnya pahit,perkara itu yang mematangkan kita sebenarnya,perkara itu yang membuatkan kita kenal benar dengan sikap pasangan kita.sya xnafikan,sya kalau marah,semua nk cakap lepas..tapi tahap maki tu,tak pernah kuar dan sya pun xmaw bnda tu terjadi.dah la,kami berdua sulung,api vs api ,memang lagi berapi2 la jawabnya..tu sebabnya kadang dia yg mengalah,kadang sya yg mengalah.."kita dah besarkan,tak perlu nk act like kids." yeahh

 Apa yang berlaku,pasti ada hikmah yang terbaik.

Sya pun tak maw buat dia macam "Hak Mutlak sya" ,sebab tu sya open dia nak buat apa jer sekarang ni,buatlah..Tak Mesej ke,Tak call ke,sya xkisah..:) bukan tak care,tapi rasa itu yg terbaik. bercinta jarak jauh ni,perlukan pengorbanan.sya tak nafikan.lebih2 lagi 2 2 di alam universiti,dugaan tu jgn ckp,xpndai jaga hati,memang hanyut."Sedangkan pantai lagikan berubah, inikan pula hati manusia".

Org kata sya relex dlm hubungn,mcm xkisah dlm hubungan,tapi apa yg sya rasa skrg ni,biar hati ini,dan pemilik diri ini "Allah" yang tahu.Apa harapan,doa yang sya titipkan,biar menjadi rahsia dlm perjlnan hidup sya.Sya yakin,pemilik tulang rusuk sya,takkan pernah berubah,jodoh sya pun dah  tertulis di lu mahfuz.sya hanya berusaha.:)Selebihnya sya letakkan pada DIA..Selagi akad nikah tidak dilafazkan,selagi itu,sya akn terus berusaha mencari pemilik tulang rusuk sya.:)

 Saya harap,sayalah permaisuri yang akan menjaga dan menemani sisa dan baki hidup awak.:)

sya xnafikan,dan sya tidak menidakkan,hati sya sudah berpenghuni,cinta sya sudah dimiliki,tapi sejauh mana org tu akan kekal dengan sya,perjalanan hidup sya yg akan tentukan..Moga kekal hingga ke akhirat kelak bersama insan tersebut.Insya Allah.

Dari Lubuk Hati Yang Paling Dalam
Entry Ini Di Taip...



 

Copyright by Syaqira Ahmad © 2012 |Best View: Google Chrome