February 26, 2013

#First Week UUM & Salam Rindu

  Muka baru balik dari Ko-K Taekwando #Penat wow

Lama tinggalkan blog,Masa menaip entry baru..So far life di UUM ni tak de la teruk sangat,Tapi seriusly sangat2 berbeza dengan life waktu buat Dip dulu..Hidup alam uni ni,memang kena survive sendiri..Sya ingatkan,masuk kelas boleh la jumpa budak2 satu kos dengan sya,rupa2nya,bermacam2 kos ada dalam kelas sya,finance la,computer sains la,banking laa..Ari ni kawan lain,sox kawan lain..Xmacam kat poli dulu,masuk2 muka yang sama,kos yang sama..#Best 

 Life student Science Economic,Kena bermain dengan kalkulator dan buku yang best..

Bercakap tentang study pula,Kebayakkannya kena study sendiri,lecture di kelas sebagai sampingan & Fact buku yang akan kita akan study pun sangatla tebal,kat gambar nampk nipis,tak tengok lagi buku "EKONOMI" yg sya kena study untuk dapat A+,woww sangat awesome.! Baru eko,tak termasuk lagi perakaunan,sains sosial,dan subjek2 lain lagi..pegang pepatah ni "Kalau Orang Lain Boleh Buat,Kenapa Tidak Kita" ? #Think

 Jadual kelas yang sangat lapang #Poyo

Jadual waktu degree tak padat macam diploma dulu,sehari 3 kelas sahaja untuk Kos sya..Jadual pun kita susun sendiri,pandai2 pilih,susun,dan cari lecture best..Sem ni sya ambik 7 subjek,sem1 kena strungle lebih untuk bagi pointer cantik untuk degree nanti,sya nak sambung master lagi,so kena usaha hard la..#Kata nak jadi Pensyarah,pegawai tadbir diplomatik,pakar ekonomi,gabenor kewangan..Kena usaha la..*Ecewah

 Jauh dimata,Dekat dihati..

Sape tak rindu family,sape tak rindu tersayang,dan sape kata sya tak rindu selatan a.k.a Negeri Sembilan.Tiap detik berlalu sentiasa akan ingat..Dah la ko-k kat UUM buat sabtu,peluang untuk balik ke N.9 sangatla tipis..klw nk balik pun,blik hari jer.*Tu pun kalaw dah nazak sangat rindu mak ayah la,baru sya balik.

Sya dan Si Dia sama2 kejar cita2,kejar impian,kejar harapan.Even sorang Kt UITM S.Alam,sya plak UUM,Kedah,perhubungan berjlan macam biasa..#Jauhnya..Long Distance Relationship,yang penting saling mempercayai..Si Dia last sem,Sya plak first sem..sya ada 3 tahun di UUM ni,mohon buah hati sanggup tunggu..hee~~ Rindu nak bertemu mata..Doakan kami,Kejayaan kami..Sya bakal Pensyarah,Dan si Dia Bakal Arkitek..Insya Allah..:)  Amin

Belajar Kuatkan hati,Mantapkan Emosi,Berdikari sendiri..Good Luck

February 17, 2013

Permulaan Di UUM..

  Welcome To UUM Syaqira Liyana :)

Syukur Alhamdulillah selamat mendaftar sebagai Mahasiswi UUM..Entry kali ni,sya tak maw taip panjang-panjang..biar gambar sahaja yang menceritakan rasa dalam hati sya..:) Tak tahu nak gambarkan macam mana,pertama kali kaki bertapak di UUM,takut,risaw,berdebar,sedih,gembira,semua bercampur baur..

  Kenangan Manis Di UUM :) Conteng Muka   

 Explorace Tempat Ketiga (Muka sya tengah Demam)

Minggu orentasi sya,so far Alhamdulilah,cuma bila slot ceramah rasa maw tido.ok sya nak stroy pasal explorace UUM,mmg betul2 explorace,dari kul 8-12lebih berjalan 1 UUM,bayangkan,tanpa rehat..lepas dah sampai check point,ada plak aktiviti,klau xdpt buat,kena denda..tu yang muka berconteng-conteng..ini sangat comel..Bukan apa,nk menguji kerjasama pasukan..tp aktiviti dia,sume mencabar minda..acaner nak wat gerakan tangan,tanpa ada suara "BAGAI PUNGGUK RINDUKAN BULAN",bayangkan tu..memang xla ada idea..tapi memey best gila r,even lenguh 1 badan berjalan.group kami menang Tempat ke-3 dari 20 group..perhh sangat hebat ..Lelah habaq hang :) Time MSK ni,sya blh plak demam..aiyaa..rindu parent la kut..:P

 Bilik yang cantik,dan meja study yang sangat luas :) Alhamdulillah

 Almari yang menyimpan segala khazanah..:)

Setel orentasi,masa untuk rehat-rehat la kan,:) dekat UUM,asrama di panggil DPP stand for Dewan Penginapan Pelajar..sya dapat DPP TNB.ada 16 DPP kat UUM ni,setiap nama DPP,ada yang taja..macam DPP sya,mestila TNB yang taja,dah nama pun DPP TNB :) Bilik serba cantik,lengkap dengan peralatan,katil yang empuk,even tak de la gah macam bilik kita sendiri kat rumah parent tu,tapi bila kita decorate sikit,rasa sikit lepas rindu dekat rumah family Negeri Sembilan tu..:) Doakn kejayaan sya di UUM ni..dan sya minta maaf,lambat beware korang,But sya tetap akan cuba beware n komen entry korang..:)

February 7, 2013

Thank Untuk Gift Ni..


TandaTangan Shahir..Ni yang mahal ni     Cd shahir..I Adore You Shahir..

Hadiah dari blogger Lia..sya pemenang segmen dia PEMENANG 1ST GA, SAPE NAK LIMITED EDITION ALBUM SHAHIR?,syukur rezeki memihak pada sya.selalunya kalau pakai random ni,nama sya memang susah naik la,tapi rezeki plak kepada sya..Suka habaq hang..Review sikit la,dalam album ni ada 6 buah lagu,dan paling sya suka lagu Pendam-Shahir..serius meleleh cakap..nanti ce korang dengar plak..p.s : sya siap dapat nota cinta dari lia taw.. :)

   BookMark..comel gila tengok..sekali dapat 3..he

Ni pula hadiah dari Blogger Shu-sya,Ni pun dari segmen juga segmen year end giveaway by shu-sya, dapat bookmark pun dah terlalu berharga pada sya..Yela,mana ada yang senang-senang nak bagi hadiahkan..Terlalu banyak rezeki dalam berblogging ni..Serius sya appriciate pemberian korang.Biar orang nampak macam kecik,tapi sebenarnya terlalu berharga pada sya.:)


   Ni plak hadiah dari mak saya..hehe sempena dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang ijazah

Ni plak,hadiah paling berharga..bukan dari berblogging aw..haha,kalau dari blogging,perhh kompem ramai gigi jari kn?he ni,dari my lovely mom..Mak yang paling excited bila sya beritahu,dapat tawaran sambung degree kat UUM,sampai nangis,tak tahu nk cakap apa mak sya..Sya memang dh lama nk BB ni,yang cikai jer pun,curve 8520 klw dpt pun,dah bersyukur,tiba2 mak belikan #bold.. Alhamdulillah la.kawan pun ramai pakai bb ni gak..sya suka,cz warna putih..wahh thnk a lot.. #Gurl yang ada bbpin tu,klw rasa nak tukar2 ngn sya,bthu la,sya boleh bagi n kte kenl2 lbh rpt :)..


Sya hargai,setiap pemberian dari blogger lain.thnk support blog ni juga yer..ada rezeki,sya pun nk wat contest/segmen la..*Ecewah.he

February 3, 2013

UUM,UPSI Tawaranmu terlalu berharga..

 Insan Biasa yang sentiasa berusaha membanggakan kedua ibu bapanya..Insya Allah

Lama tinggalkan blog,sya datang kembali dengan entry yang terlalu mengembirakan sya.Sebulan life sya datang bertubi-tubi masalah,syukur Alhamdulillah,segala pahit tu di ganti dengan perkara yang manis ini dari Allah..:)

Sya bukan best student,sya hanya insan biasa yang terlalu suka mengejar cita-cita sya,yang sentiasa akan berusaha capai impian sya..Sya anak sulung,sya ada tanggungjawab sya..Terlalu lama sya pendamkan niat nak sambung study dalam bidang Ekonomi,syukur waktu degree ni,peluang datang..

 UUM,Takkan Ku sia-siakan peluang yang datang

Even sya ni pelajar lepasan Dip IT (Programming) dan tibe2 berpaling ke degree Ekonomi,tapi sebab dah minat,apa pun tolak tepi..Sya tak pernah minat dengan IT sejujurnya,tapi sebab dah dapat peluang sambung di IPTAwam,sya pilihkan juga Diploma dalam Bidang IT.Now Impian sya hampir tercapai,Sains Ekonomi tawaran datang depan mata.Tak sia2 pengorbanan bertungkus lumus waktu Dip dulu, dengan Tajaan Biasiswa JPA,sya akhirnya kembali lagi melanjutkan pelajaran dalam Ijazah..


 UPSI,kehadiranya terlalu mengembirakkan,namun terpaksa menolakya *Klik untuk tumbesaran

Semalam,sya dapat mesej dari UPSI suruh check keputusan,tak duga sya dapat tawaran dari UPSI juga..Alhamdulillah. Tapi selepas di fikir-fikir semula, sya tak minat dalam bidang kretif ni,dan sya tak kretif,so prefer sya tolak.. sya pernah kecewa bila waktu Nak wat diploma,UITM xmaw ambil sya sebagai student,namun penantian dan usaha sya,berbuah hasil..UUM,UPSI datang menghulurkan tawaran dalam ijazah..:)

UUM,UPSI satu kenangan manis yang tak kan sya lupakan..Tawaran ini,terlalu berharga pada sya.Maaf pada UPSI sya terpaksa tolak tawaran berharga ni..Dan Hello pada UUM,sya akan melangkah kaki ke sana,dan capai cita-cita sya..Ekonomi, tak mustahil sya yang bakal menjadi pelajar lepasan sarjana muda sains ekonomi ni,akan bergelar GABENOR KEWANGAN,PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK ataupun PENSYARAH EKONOMI satu hari nanti..sya akan kejar cita-cita dan Impian sya..:) Sya akan banggakan kedua ibu bapa sya..I will..Amin

Sya create entry ni untuk menaikkan semangat sya,bila bergelar mahisiwi nanti di UUM nanti,dan untuk tatapan sya di waktu tua nanti :) tiada manusia yang masa silamnya kelam,masa depannya tak bercahaya..Usaha yang mengubah segalanya

p.s : my mom said,nanti along sambung master wat kat paris yer..*amboi mak sya ni,ari tu dia doakan sya jadi pegawai tadbir diplomatik,dah xnak ank dia duk malaysia ke..haha Insya Allah,kalau ada rezeki,anakmu akan ambik..



 

Copyright by Syaqira Ahmad © 2012 |Best View: Google Chrome