October 31, 2011

Satu Malam,Ku Coretkan Luahan Dalam Hati Ini


Teringat dirinya tatkala menonton cerita ketika cinta bertasbih..Ya Allah,aku bersyukur dengan kehadiran seseorang insan bernama lelaki dalam hatiku kini..Namun ku tidak pasti sama ada dirinya jodohku,ataupun tidak..


Dirinya yang dulu ego mengalahkan setinggi awan,membuatkan diriku belajar erti sabar.tatkala hatinya diusik makna cinta yang tulus ikhlas hadir dalam diriku ini,hatinya yang selama ini dikeraskan,tiba2 menjadi selembut kapas.Setiap kata yang terbit dari dirinya,diucapkan dengan penuh keikhlasan dan kesungguhanya.
-setiap senyuman yang terukir dibibirku,tidak semestinya semuanya indah dalam hidupku.Air Mata yang mengalir juga,tidak semestinya membuktikan kesedihan dalam perjalanan hidupku-


Dirinya juga yang selalu membuatkan hati ini terhibur dan tenang,tatkala hati ini sedih mahupun kecewa.Dia yang selalu membuatkan hidupku ini ceria,mungkin padanya,sudah menjadi tanggungjawabnya merawat kesedihanku,dan menukarnya kepada kebahagianku.


Setiap kali diri ini melakukan kesalahan,mulutnya tak pernh lekang membebel kepada diri ini.
yea dirinya yang melebelkan sebegitu,diri ini mengethui,dirinya yang  akan selalu menasihati dan mengigatkan diri ini kerana sikap tanggungjawab dirinya sebagai pembimbing kepada diriku ini.
Diri ini mengetahui,dirinya juga meinginkan sebuah perhubungan yang kekal abadi.


Dirinya selalu memikirkan keadaan diriku ini,termasuklah bimbing akan keselamatan dan kesihatan diriku ini,dirinya juga mengimpikan sebuah hubungan yang dimana temui titk noktahnya,ke jinjang pelamin.msh tersemat indah ayat2 yang dirinya titipkan kepada diri ini dalam sekeping kad dan potrait dirinya.


Tersenyum diri ini,tatkala sifat keanak-anakan dirinya muncul,senyuman dari bibirku ini tak pernh lekang saat dirinya yang matang berubah menjadi sifat keanak-anakan,diri ini tidak pernah bosan melayan kerenah dirinya,kerna diri ini mengetahui,dirinya mengharapkan perhatian dari diriku ini.diri ini mengetahui juga bukan senang dirimu yang macho tu,berubah menjadi seperti keanak-anakan.Hanya dengan orang yang kamu sayangi sahaja,sikapmu itu berubah.


Setiap hari,ucapan "i love ","i miss u",&"i need u" tak pernah lupa untuk dsebutkan oleh dirinya.tak pernh terdetik di hatiku ini bosan mahupun jemu menerima ayat seperti itu dari dirinya,kerana dirinya benar2 ungkapkan perkataan itu dari lubuk hatinya.Ya Allah diri ini bersyukur,kerana menjadi wanita yang mampu merobohkan tembok dalam hatinya,serta diri ini bersyukur kerna telah mengambil alih perasaan kecewa dan fobia dari dalam hidup dirinya itu.


-Diri Ini Merasai apa yang dimaksudkan dengan menghargai-


Aku tidak pasti sama ada,dirinya yang menjadi pendamping ku kelak,ataupun sebaliknya.Namun dalam setiap doa,ku titipkan namanya,menjadi pembimbing ku di masa hadapan nanti.
Aku tidak mengharapkan lelaki sesempurna Nabi Muhammad A.S,tetapi cukuplah seorang lelaki beragama islam yang mengetahui hukum hakam dan erti islam yang sebenarnya.semoga perhubungan iniberkekalan untuk selamanya.Ya Allah,ku harap diri ini tidak salah menghulurkan cinta buat pertama kalinya pada insan bernama Muhammad Fikri Bin Jamari..


Hasil luahan,coretan dari insan bernama Syaqira Liyana Binti Ahmad Ghazali..


No comments:




 

Copyright by Syaqira Ahmad © 2012 |Best View: Google Chrome