March 27, 2011

Doa hambaMU yang lemah

Ya Allah,
Kau hadirkan perasaan ini tanpa dipaksa,
Kau berikan rasa ini dengan rela,
Namun rasa yang kau hadiahkan ini,
Bukan manisnya sentiasa,
Ada bisa yang meracun rasa,

Aku mencintanya
Keranamu Ya Allah,
Aku menyayanginya,
Sebagai insan yang yang kau hadirkan Ya Allah,
Aku merinduinya,
Seperti mana aku merinduimu Ya Allah,

Ya Allah,
Jika hadirnya untuk menguji kesabaranku ini,
Aku rela menerima ujianmu ini,

Jika hadirnya adalah untuk mengajarku kekuatan,
Akanku semaikan makna kekuatan dalam hidupku

Jika hadirnya merupakan sebuah pengorbanan
Ku rela melaksanakan pengorbanan tersebut dengan ikhlas

Dan seandainya kedatangan dia hanyalah sementara,
Aku rela melepaskannya pergi,
Keranamu Ya Allah,

Ya Allah,
Kau mengetahui,
Tidak pernah terlintas untuk menyakiti hambamu itu,
Tidak pernah terniat untuk mendedami hambamu itu,
Tidak pernah terdetik untuk melukai hati hambamu itu ,
Tidak pernah terfikir untuk melepaskan hambamu itu pergi,
Kau mengetahuinya itu Ya Allah,

Ya allah,
Aku sedar kehadiranya,
Aku sedar perasaan ini,
Aku juga sedar akan dosa,
Tapi aku merupakan hambamu Ya Allah,
Lemah dalam godaan,pujuk rayuan,

Ya Allah,
Kau berikanlah aku pentunjukmu,
Kau turunkanlah rahmatmu,
Dan aku mohon,
Periharalah diri hambamu ini,
Dan diri hambamu itu,

Ya Allah
Tebalkanlah rasa cintaku kepadamu
Sebelum aku mencintai hambamu itu

Ya Allah
Jujur hati ini mula mengenal erti cinta,
Dan aku mencintai diri hambamu itu
Keranamu Ya Allah.
Peliharalah kami dari kesesatan,kesengsaraan.
Amin.

By:Syaqira Liyana Binti Ahmad Ghazali


No comments:




 

Copyright by Syaqira Ahmad © 2012 |Best View: Google Chrome